Tuesday 11 October 2016

Latar Belakang

Carta

Aktiviti

Statistik Dan Pengunjung

Visi dan Misi

visi dan misi
Visi

Turut aktif dalam proses mencerdaskan bangsa melalui perpustakaan


Misi

"Memperkasakan Penyampaian Sumber Maklumat Berkualiti Melalui Perkhidmatan Perpustakaan Bagi Membentuk Masyarakat Berilmu Pengetahuan"

Kata-kata Aluan

KATA-KATA ALUAN

Merapatkan silaturahim bersama Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, blog Perpustakaan Desa  Kampung Teluk Jambu dapat dibangunkan bersama dengan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada setiap warga  komuniti  secara langsung atau tidak langsung. Dengan berkat usaha inilah, maka Blog Perpustakaan Desa  Kampung Teluk Jambu dapat dibangunkan dengan jayanya

Blog ini merupakan manifestasi bahawa pihak PD sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih mudah. Oleh itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di PD Kampung Teluk Jambu dan sebarang maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam blog ini.

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar blog ini mampu dimanfaatkan oleh warga komuniti setempat, dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara


Sekian, terima kasih.